Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis...

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti...

‘Maafkan Saya Kerana Tidak...

KUALA TERENGGANU: Luluh hati seorang suri rumah apabila hanya mampu melihat suaminya dihanyutkan...

Beban Majikan Bayar PTPTN...

PETALING JAYA - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menawarkan beberapa cadangan berhubung sambutan dingin...

Polis Kesan Sumber Bekalan...

KLANG - Polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab membekal bahan bunga api semasa...

Adik Adam Difitnah Hidap Virus Zika

SEBUT sahaja virus Zika, pastinya ramai antara kita menyedari betapa bahayanya epidemik penyakit yang kian merebak di peringkat global itu, sama seperti wabak Ebola yang menyerang Afrika Barat tahun lalu.

Penyakit tersebut merencatkan tumbesaran bayi, menjadikan saiz kepalanya menjadi kecil, sehingga menggangu perkembangan otak.

Negara kita masih belum mengeluarkan sebarang amaran bahaya, di mana Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat kenyataan akhbar pada 29 Januari 2016, susulan Virus Zika yang semakin menular secara global dan berisiko kepada negara kita.

Namun tabiat orang kita yang suka ‘buat pandai’ dalam menyebarkan berita palsu kononnya seorang bayi di Malaysia dikatakan telah dijangkiti virus Zika membuatkan banyak pihak mencemuh golongan-golongan penyebar berita tidak benar ini.

Menerusi pautan bergambar yang dikongsikan oleh bapa kepada bayi berkenaan, Mohd Shahir Kamaruddin meluahkan kekecewaannya berkenaan sikap segelintir blogger tempatan, baru-baru ini.

Shahir mengatakan yang anaknya bukan menghidapi virus Zika, sebaliknya simpton microcephaly Cerebral Palsy (CP), iaitu kecacatan yang juga menyebakan saiz kepala menjadi kecil.

Shahir juga menyaran agar pihak-pihak yang menyebarkan berita tidak benar itu memadam artikel fitnah berkaitan isterinya juga, yang telah dituduh pembawa virus Zika.

adam
Sumber: Facebook Mohd Shahir Kamaruddin

Apabila hari ini ianya menjadi viral di media2 sosial… Membaca tajuknya sahaja membuatkan aku hilang sabar. Anak saya Adam dilahirkan pada 26/8/13, Adam di diagnose sebagai microcephaly & Cerebral Palsy (CP).


zika
Antara blog tempatan yang membuat fitnah berkenaan kisah anaknya.

“Untuk VIRUS ZIKA memang tiada kena mengena langsung dengan Adam.. Harap pihak blogger2 yang menyatakan (tajuk) isteri saya melahirkan anak dari virus zika tolong delete semua kenyataan itu.

“Sedangkan sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa2 kenyataan mengenainya… Jangan terus menyebar Fitnah!! Tajuk tu perlu di perbetulkan supaya orang lain tidak salah anggap, HENTIKAN SEBELUM SAYA MELAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA,” muat naik Shahir di laman sosialnya.

Kami harapkan saudara Shahir dan isteri banyakkan bersabar serta tabah dalam menempuhi dugaan yang tidak disangka ini.

Serta kepada adik Adam, kami doakan agar mudah-mudahan beransur sembuh seperti kebanyakkan kanak-kanak yang lain.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori