Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ikan Buntal Beracun Jadi...

SEDAP... Apabila disebut ikan buntal, ramai orang pasti terbayang hidupan laut yang berduri...

Wanita Warga Laos Maut...

KEMAMAN - Seorang wanita warga Laos maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang...

KFC Australia Dikecam Kerana...

TIDAK dapat dinafikan bahawa media sosial mampu memberikan impak yang besar dalam menyebarkan...

Pasukan Petugas Laksana Janji...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata...

Keseronokan 4 Pelajar Kutip Kerang Bertukar Tragedi

DUNGUN – Keseronokan empat pelajar tingkatan lima menghabiskan cuti persekolahan dengan mencari kerang di Pantai Sura di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya lemas selepas dihanyutkan arus serta ombak besar.

Mangsa Mohd Firdaus Sulong, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura ditemui kira-kira pukul 3.10 petang terdampar di tepi pantai kira-kira 20 meter dari tempat mangsa dan tiga lagi rakannya Mohd Zukhairie Mohd Yusof, Mohd Haris Ikhwan Rosmadi dan Ahmad Sufian Husin mencari kerang.

Mohd Zukhairi berkata beliau ke pantai berkenaan pada pukul 10 pagi selepas mengetahui kejadian kerang timbul di pantai berkenaan sejak semalam.

“Kami ramai-ramai ke sini cari kerang…saya mandi jugak tapi tepi pantai, Firdaus mandi dan berpaut pada batang pokok yang hanyut dan memang dia seronok masa tu bila ombak bawa dia ke tengah dan ke tepi.

“Tiba-tiba saya tengok tangan Firdaus terkapai-kapai dan dibawa arus ombak kemudian terus tenggelam… saya dan rakan-rakan agak panik dan terus minta
bantuan orang ramai supaya menghubungi polis untuk bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ibu mangsa Latipah Mohd Nor, 50, berkata anak keenam daripada 10 beradik itu keluar dari rumah kira-kira pukul 9.30 pagi bersama rakannya.

“Dia tak bagitahu saya dia nak ke mana, sedar-sedar kawan dia datang rumah pukul 12 lebih dan kawan dia bagitahu Firdaus lemas ke tengah laut.


“Syukurlah dia dijumpai walaupun dalam keadaan macam ni…saya reda dengan pemergiannya,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari.

“Pihak polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan beberapa jam kemudian, mangsa kemudiannya timbul terdampar di tepi pantai 20 meter daripada tempat dia dan rakan-rakan mencari kerang,” katanya.

Ahmad berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sD-GZTu6ATg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori