Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu Teruk Rentas Sempadan...

SINGAPURA: Terdapat risiko tinggi berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk di Indonesia, Malaysia,...

Syed Saddiq Mohon Dibicara

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Masing Negarawan Berjiwa Besar,...

KUALA LUMPUR - Pemergian Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar...

Penolong Pegawai, Renjer Jabatan...

SANDAKAN - Dua kakitangan Jabatan Perhutanan Kota Belud cedera selepas dipukul oleh tiga...

Bauksit: Pengusaha Patuhi Arahan Moratorium

KUANTAN – Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium yang dilakukan pemandu lori dan pengusaha bauksit di daerah Kuantan setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani.

Beliau berkata semua pihak terlibat didapati mematuhi arahan yang dikeluarkan hampir sebulan lepas, menyaksikan jalan-jalan di Kuantan kembali bersih dan pokok-pokok sudah mula menghijau.

“Kita dapati pemandu lori mengikut peraturan dan tidak ada tangkapan terhadap lori bauksit sepanjang operasi ini dilakukan sejak 9 Jan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sharifuddin berkata semasa tinjauannya di salah sebuah pusat pemeriksaan hari ini, mendapati Ops Bauksit yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain berjalan lancar.

Antara agensi kerajaan terlibat dalam operasi bersepadu itu ialah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).


Fasa pertama Ops Bauksit bermula 9 hingga 14 Jan lepas, bertujuan memastikan hanya lori muatan bauksit yang mengikut peraturan dan syarat permit, dibenarkan ke pelabuhan.

Sementara, fasa kedua selama tiga bulan bermula 15 Jan hingga 14 April, bagi menentukan semua kegiatan perlombongan dan pengangkutan bauksit dihentikan sepenuhnya.

Sebanyak sembilan pusat pemeriksaan yang beroperasi 24 jam diwujudkan di Bukit Kuantan, Tanjung Pasir, Kampung Padang, Taman Dato’ Rashid, Shahpadu, berhadapan Pejabat Sirim di Jalan Pintasan Kuantan, Bukit Penggorak, Sungai Ular dan Jabor. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]BkJkGlxTwK4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori