Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

200 Petani Resah Tanaman...

JELI - Seramai 200 petani yang mengusahakan tanaman kontan di ladang seluas 400...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah...

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul...

Bimbang ‘Ditendang’ Suami, Anzalna...

WALAUPUN sudah mendirikan rumah tangga, pelakon Anzalna Nasir dilihat terus aktif berlakon di...

Tunjuk Konvoi Motosikal Boleh...

MARANG - Tindakan PAS Marang mengadakan konvoi bermotosikal bagi mempamerkan kekuatan parti itu...

38 Motosikal Musnah Terbakar Di George Town

GEORGE TOWN – Sebanyak 38 motosikal yang diletakkan di tingkat bawah sebuah blok rumah pangsa di Taman Jelutong, di sini, musnah terbakar, pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut mengakibatkan sebuah bilik stor dan tiga kenderaan jenis Proton Saga, Toyota Camry dan Toyota Harrier rosak teruk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 pagi sebelum dua jentera bersama 14 anggota tiba di lokasi dalam tempoh tiga minit.

“Sebaik tiba, bomba mendapati sebahagian motosikal di tingkat bawah blok rumah pangsa berkenaan sedang terbakar dan kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke seluruh kawasan berkenaan. Kebakaran kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.50 pagi,” katanya.


Ketika ini, pegawai forensik bomba sedang melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kejadian. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]vRnGHrnuAZM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori