Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Melaka Tumpaskan ‘Geng...

JASIN - Polis Melaka menumpaskan 'Geng Bordok' dengan tertangkapnya tujuh anggota geng berkenaan...

Nelayan Pantai Di Perlis...

KUALA PERLIS - Kira-kira 1,000 nelayan pantai di negeri ini lega dengan jaminan...

Ulat Teksi Guna Tonto...

SEPANG - Ulat teksi yang beroperasi secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Tengku Zafrul Berdepan Saingan...

Kuala Selangor : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdepan...

Bayaran Tempat Letak Kereta Berkupon Dihentikan Sementara

KUALA LUMPUR – Bayaran tempat letak kereta secara berkupon di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang bermula sejak 1 Januari 2016 lalu terpaksa dihentikan sementara.

Yang Dipertuanya, Abd. Hamid Hussain berkata, langkah itu terpaksa dilakukan kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Febuari 2016 menerima permohonan injunksi dari pihak Suasa Efektif (M) Sdn Bhd (SEMSB).

“Injuksi tersebut menyebabkan MPAJ dihalang daripada meneruskan operasi tempat letak kereta secara berkupon.

“Pihak SEMSB dibenarkan menjalankan operasi tempat letak kereta secara “Pay & Display” di lokasi seperti mana operasi mereka sebelum 31 Disember 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Abd. Hamid berkata, orang ramai yang menggunakan petak tempat letak kereta di kawasan MPAJ diminta supaya membuat bayaran Tempat Letak Kereta menggunakan mesin “Pay & Display”.


Katanya, mesin tersebut boleh didapati di Pandan Jaya, Pandan Indah, Keramat Permai, Taman Kosas, Taman Muda, Bandar Baru Ampang, Taman Permata dan Taman Melawati.

“Bagi kawasan yang tidak ada mesin “Pay & Display” seperti Ampang Point, Pandan Perdana, Taman Pandan Perdana, Taman Putra Sulaiman, bayaran tempat letak kereta ini ditangguhkan sehingga keputusan dibuat oleh Mahkamah.

“Bagi orang ramai dan ejen yang telah membeli kupon dinasihatkan supaya menyimpan kupon tersebut atau boleh memulangkan semula kepada MPAJ,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • MPAJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori