Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Iskandar Malaysia Ambil Kira...

ISKANDAR PUTERI – Iskandar Malaysia perlu bersedia untuk memudahkan transformasi baharu, yang bermakna...

Badan Bertindak Kuil Desak...

SUBANG JAYA - Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields, USJ25, di sini,...

CBF Sumbang RM100,000 Bantu...

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel...

VIDEO : Mat Razi...

TUMPAT (Kelantan) - Calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, 48, memang...

Virus Zika Mungkin Berlindung Daripada Sistem Imun

CHICAGO – Virus Zika berkemungkinan bersembunyi dalam bahagian tubuh yang terlindung daripada sistem imun, menjadikan ia sukar dilawan dan memanjangkan rangka masa yang membolehkan ia dipindahkan, kata pakar Amerika Syarikat.

Penyelidik melaporkan virus Zika boleh dikesan dalam air mani selama 62 hari jika seseorang itu dijangkiti, menambah kepada bukti kehadiran virus itu dalam tisu otak janin, uri dan cecair amnion.

Kerja mereka adalah sebahagian usaha antarabangsa memahami risiko dikaitkan dengan Zika, virus bawaan nyamuk yang menular pantas yang ada kaitan dengan ribuan kes kecacatan kelahiran di Brazil.

“Sehingga kini, kami tahu ia adalah dalam darah untuk jangka waktu terhad, dalam masa sehingga 10 hari. Kami tahu sekarang, melalui pengalaman, ia boleh dilihat dalam air mani.

Kami tidak pasti selepas jangkitan disembuhkan, di mana ia berada.


“Semua ini perlu diteliti dengan rapi dalam sejarah semula jadi dan kajian kawalan kes,” kata Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Dr Anthony Fauci.

Fauci berkata, kehadiran Zika dalam tubuh mengingatkan kepada penemuan ketika penularan Ebola pada 2014. Pada beberapa pesakit, virus maut itu kekal berada dalam air mani dan cecair mata selama beberapa bulan. – Reuters

[wpdevart_youtube]4mv48jPVg8o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori