Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Jerebu: 2 Masalah Hantui...

SRI AMAN - Selain masalah jerebu, bandar Sri Aman berkapasiti lebih 100,000 penduduk...

3 Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN - Tiga maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan...

Desakan Letak Jawatan Membelakangi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau...

Belia Malaysia Perlu Ambil Alih Kerja Dalam Industri 3D

SHAH ALAM – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu belia tempatan ambil alih kerja di sektor yang dikategorikan sebagai 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar, bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu perlu kerana tenaga kerja asing kini menguasai sektor tersebut, yang membabitkan industri peladangan, perkilangan, pembinaan dan pembersihan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata berikutan tiadanya belia tempatan yang sanggup bekerja di bidang tersebut telah menyebabkan pihak industri terpaksa mengambil pekerja asing.

“Inilah masalah kita. Bukan kerajaan tetapi pemain industri yang ingin membawa masuk pekerja asing ke Malaysia kerana pekerja tempatan cuma mampu bertahan satu hingga tiga bulan sahaja dalam sektor itu.

“Saya bukan cabar pemain industri, majikan, persatuan berkaitan tetapi belia-belia untuk bekerja di dalam sektor dinyatakan. Ambil alih sektor tersebut daripada pekerja asing,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor kali ke-32 di sini hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan negara juga memerlukan kepakaran daripada pekerja mahir dan separa mahir dalam sektor tersebut bagi membangunkan ekonomi negara.


“Saya percaya majikan, persatuan, pengilang, dan yang berkaitan boleh mencari pekerja mahir dalam kalangan orang tempatan selain mengambil pekerja asing,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan dilaporkan merancang untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Majlis Belia Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-mCdbE8MS5Y[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori