Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JDTII Ambil Khidmat Pemain...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan seorang pemain muda...

PM Ketuai Delegasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi...

Sebutan Semula Kes Pemilik...

KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh...

Suami Dakwa Nadia Brian...

KUALA LUMPUR - "Saya sendiri nampak isteri saya bersama seorang lelaki di bilik...

14 Lagi Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Dikebumi Di Kedah

POKOK SENA – Sebanyak 14 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian, Perlis pada Mei tahun lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang di sini hari ini.

Ketua Penyelaras Pengebumian Jenazah Rohingya, Majlis Agama Islam Kedah, Syeikh Fakhrurazzi Yub berkata kesemua jenazah lelaki tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 10 pagi tadi dan selesai kira-kira sejam kemudian.

“Kesemua jenazah dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini. Pengebumian sejumlah lagi jenazah warga sama dijangka yang terakhir akan dilakuan bulan hadapan,” katanya kepada pemberita di lokasi perkuburan.

Kerja-kerja mengebumikan 14 jenazah itu dikendalikan anggota polis, kakitangan Jabatan Agama Islam Kedah dan Jabatan Kerja Raya serta dibantu penduduk sekitar tanah perkuburan itu.


Jelas Syeikh Fakhrurazzi, pengebumian fasa ketujuh hari ini menjadikan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang dikebumikan sebanyak 153 jenazah.

Kubur-kubur yang ditemui di Wang Kelian itu dipercayai merupakan mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CJaqu_pklbw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori