Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

India Tingkatkan Penanaman Sawit...

NEW DELHI - India mahu meningkatkan penanaman kelapa sawit bagi mengurangkan pergantungannya terhadap...

Kebakaran Hutan Di Eropah...

MADRID: Ribuan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan yang semakin merebak di Portugal,...

PM Singapura Selfie Bersama...

Comel sungguh melihat gelagat dan telatah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sempat...

Tolak Tawaran Mahathir Kerana...

CHUKAI – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan Pengerusi Parti...

Kerajaan Pusat Komited Bela Nasib Masyarakat Cina

KOTA BELUD – Kerajaan pusat sentiasa komited membantu dan membela nasib masyarakat Cina negara ini dalam pelbagai aspek termasuk kebudayaan, pendidikan dan ekonomi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata dalam bidang pendidikan, kerajaan menyediakan geran tahunan bagi membantu sekolah-sekolah persendirian Cina, sekali gus mengangkat pembangunan jenis sekolah itu setara sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

Dalam bidang ekonomi, kerajaan melaksanakan usaha berterusan membantu masyarakat Cina menerusi pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME) dan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kaum Cina oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 Jun tahun lepas.

SAME, sebuah unit pembangunan PKS dan mikro kredit, yang ditubuhkan pada 1 Okt 2014 di bawah Jabatan Perdana Menteri, bermatlamat membantu usahawan PKS dalam semua dimensi.

“Menerusi dua program itu, yang diperkenal bagi memenuhi kehendak masyarakat Cina, perjalanan Malaysia merealisasikan ekonomi negara maju diyakini berjaya.

“Hakikatnya, sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan negara ini amat signifikan terutamanya dalam bidang ekonomi…peniaga dan usahawan dari kaum
Tionghua bersama-sama dalam arus pembangunan,” katanya semasa berucap pada sambutan Tahun Baharu Cina 2016 peringkat daerah Kota Belud di SRJK (C) Chung Hwa dekat sini, malam ini.


Salleh juga meminta masyarakat khususnya di Kota Belud supaya menjadikan perayaan itu sebagai jambatan perpaduan, mengukuhkan kesatuan dan meningkatkan persefahaman, demi kelangsungan kemakmuran dan keharmonian, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama.

“Kita sedia maklum bahawa warga Kota Belud amat unik kerana daripada masyarakat berbilang kaum, keturunan, kebudayaan dan agama. Dengan penganjuran sambutan ini, perbezaan antara suku kaum atau budaya sudah tentu tidak wujud lagi disebabkan semua orang menyambut perayaan itu secara bersama,” katanya.

Menurutnya pelbagai kaum di negara ini perlu berusaha memahami kebudayaan dan kepercayaan agama satu sama lain serta mengamalkan sikap kesederhanaan dalam semua tindakan mereka bagi memastikan kelangsungan perpaduan dan rakyat negara ini.

“Inilah antara keunikan yang menjadi intipati penting kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat di negeri ini,” katanya sambil mengharapkan Tahun Monyet Api dalam kalender Cina membawa lebih banyak kemajuan dan kemakmuran bjuat masyarakat Tionghua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori