Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Calon PH Nafi Bahan...

SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Marsha Akui Sedang Bercinta...

PENYANYI dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh...

Hutan Simpan Kenaboi Diwarta...

JELEBU - Sebahagian kawasan hutan Simpan Kenaboi yang seluas 9,450 hektar akan diwartakan...

60,000 Jentera Penerangan BN...

KLUANG - Kira-kira 60,000 jentera penerangan Barisan Nasional (BN) bersiap siaga untuk menangkis...

AADK Tahan 20 Positif Dadah Dalam Op Sempena TBC

MELAKA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 20 individu kerana positif dadah dalam Operasi dua minggu sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 1 Feb lalu.

Pengarahnya Mohamad Yusof Kameh berkata mereka adalah antara 355 pemandu kenderaan dan bas serta penunggang motosikal yang diperiksa di beberapa lokasi di negeri ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 55 tahun dan selepas saringan air kencing mendapati 14 daripada mereka positif dadah methamphetamine atau syabu, lima positif morfin dan seorang positif ganja.

“Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

“Melalui kerjasama ini, kita jalankan dua operasi iaitu Op Sikap dan Op Motosikal…operasi seperti ini akan sentiasa dijalankan bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, dalam operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina bersama JPJ dan JKJR di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, AADK menahan enam lelaki didapati positif dadah.


“Ia adalah dari hasil saringan air kencing yang dijalankan ke atas 31 pemandu kenderaan dan penunggang motosikal berumur antara 20 dan 55 tahun.

“Hasil saringan mendapati tiga daripada mereka positif methamphetamine, dua positif morfin dan seorang positif ganja,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Dalam operasi itu juga, JPJ mengeluarkan 94 saman, 25 notis arah periksa dan 10 notis larangan selain menyita dua kenderaan, dua motosikal dan sebuah lori kerana cukai jalan tamat tempoh dan menggunakan nombor kenderaan lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori