HAFIZ Hamidun yang popular dengan Album Zikir Terapi Diri mengakui bahawa dia dan kekasihnya, Adiela Ridzuan yang merupakan seorang model akan berkahwin tidak lama lagi.
“Saya dan Adiela ada berbincang soal perkahwinan dan saya telah meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini,” katanya.
Ternyata kali ini, Hafiz lebih serius untuk mendirikan rumah tangga selepas gagal dalam percintaan sebanyak lapan kali.

Dia juga memberitahu, sedang menunggu tarikh untuk melangsungkan perkahwinannya dari pihak Adiela.
“Saya hanya menunggu jawapan dari pihak mereka dan juga menunggu tarikh untuk melangsungkan majlis.
“Buat masa ini, saya mahu ibu bapa kami berkenalan terlebih dahulu. Bukannya merisik tetapi hanya mahu mereka mendapatkan keserasian sesama mereka,” ujar Hafiz sebagaimana dilaporkan Mstar Online.
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4]