Zed Zaidi, 34, atau nama sebenarnya Rozaidi bin Abd Jamil dikecam peminat selepas mengeluarkan kenyataan berkenaan papan tanda ‘pork free’ menerusi satu tweet terbaharu di akaun Twitter miliknya.
Tweet itu berbunyi…
Jika difikirkan semula apa ditulis oleh Zed itu sesuatu yang make sense kerana memang perkara tersebut mengelirukan.
Akan tetapi, tweet itu kemudiannya menerima kritikan segelintir netizen yang mendakwa Zed Zaidi seorang yang b*doh.
Sebagai artis memang adatlah, terdapat ramai haters yang menanti untuk mengecam apa sahaja dilakukan mereka di media sosial dan kes ini salah satunya. Kalau hilang sabar memang boleh naik angin dibuatnya..
Sedangkan baru minggu lepas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki turut mengetengahkan isu agar premis makanan yang menampal papan tanda ‘Tiada Babi’ (Pork Free) atau (No Pork) dikenakan tindakan kerana boleh mengelirukan umat Islam bahawa mereka menghidangkan makanan halal.
BACA: “Tiada Babi†Tidak Bermakna Halal – Asyraf Wajdi
Asyraf berkata, istilah halal itu adalah apabila premis makanan mematuhi hukum syarak dan papan tanda ‘no pork’ atau ‘pork free’ tidak membawa maksud kedai itu menyajikan makanan halal, cuma membawa maksud makanan yang dihidangkan itu bebas dari daging babi. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xoU5OCydrh4]