Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

7 Lelaki Didakwa Bunuh...

KLANG - Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Baddrol Pemain Liga Super...

SHAH ALAM - Pemain tengah pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah...

Kumpulan Pertama Jemaah Haji...

MADINAH - Kumpulan pertama seramai 450 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan...

16 Koperasi Rukun Tetangga...

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi...

CAP Gesa MBPP Batal Cadangan Lebar Jalan Selamatkan Pokok

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan kerajaan negeri supaya membatalkan cadangan projek melebarkan 1.8 kilometer jalan di Jalan Masjid Negeri di sini.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata langkah itu adalah bagi menyelamatkan pokok di tepi jalan berkenaan.

“Kami kecewa keutamaan diberi kepada pergerakan kenderaan manakala pokok pula dikorbankan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis MBPP Dr Michael Lim Mah Hui yang turut hadir pada sidang akhbar berkenaan, berkata beliau akan membangkitkan perkara tersebut pada mesyuarat bulanan Ahli Majlis MBPP pada 25 Feb ini.

MBPP dalam sidang akhbar baru-baru ini dilaporkan berkata pihaknya akan melihat kaedah meminimakan kesan terhadap alam sekitar untuk projek melebarkan jalan itu.


MBPP dilaporkan berkata hanya 18 pokok akan terlibat di sepanjang laluan ke Jalan Scotland, bermula dari simpang Lorong Batu Lancang – Jalan Masjid Negeri ke Jalan Air Itam – Jalan Masjid Negeri, dan bilangan itu mungkin akan dikurangkan lagi.

Terdapat 33 pokok di sebelah kiri laluan dua lorong yang akan dilebarkan menjadi tiga lorong untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0hMG9OC1D7M[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori