Beberapa minggu lalu, beberaga gambar yang dikatakan flagship terbaru daripada Samsung, Galaxy S7 telah tertiris di arena web yang mana lebih kepada gambaran grafik.
Kini, dalam memberikan gambaran bagaimana produk akhir berkenaan kelihatan, beberapa gambar yang dibocorkan di internet dikatakan sebagai peranti Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge.
Menerusi visual tersebut, ia memperlihatkan rekaan belakang yang sedikit menyertakan elemen seumpama Galaxy Note 5 sebelum ini, dan pada masa yang sama kamera tidak begitu tertimbul berbanding Galaxy S6 sebelum ini.
Disamping bahagian belakang peranti Galaxy S7, sebuah lagi gambar hadir memperlihatkan gambar hadapan Galaxy S7 Edge dengan rekaan kaca skrin melengkung pada bahagian tepi.
Samsung menjadualkan acara pengumuman mereka pada 21 Februari 2016 kelak.
Tetapi, dengan angka ketirisan yang hadir akhir-akhir ini, mungkin kita akan melihat lebih banyak info hadir sebelum ia dilancarkan secara rasmi kelak.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Phonearena