Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

“Kembali Jadi Mak Nyah,...

KASIHAN rakan baiknya iaitu Safiey Eilias menjadi kecaman masyarakat, Harry Zulkifli yang juga...

Sasar Jualan 2,000 Unit...

SHAH ALAM - Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan jualan 2,000 unit sebulan bagi...

Polis Sarawak Serbu Premis...

KUCHING – Polis Sarawak minggu lepas telah menyerbu 21 premis perjudian tanpa lesen...

Ucapan Hari Lahir Diana...

UCAPAN pelakon Datin Diana Danielle kepada suami, Datuk Farid Kamil di Instagram bersempena...

Orang Melayu Kita Memang Kuat Adat Daripada Ibadat…

PERKAHWINAN merupakan satu ibadah yang menjadi tuntutan buat umat Islam.

Tetapi di sebalik perkahwinan yang merupakan satu ibadah ini, ramai kita di luar sana terlupa pula akan ibadah wajib lain yang menjadi tiang kepada agama, iaitu solat fardu.

Ini kerana, biasaanya pasangan pengantin sanggup korbankan ibadah wajib ini dengan alasan sayang untuk basuh muka disebabkan solekan pada wajah telah dibayar mahal, maka jika terkena air maka akan hilang solekan itu.

“Sekali make up hari pengantin dah RM300, kalau basuh rugilah RM300,”

Pasti alasan begini sering didengari bukan? Tetapi solat tiang agama kau tinggalkan demi solekan di muka berkenaan?

Seorang pengguna Facebook bernama Nurul Farhana Abdul Rahim berkongsikan mesej nasihat ‘pedas’ yang amat penting dan begitu mendalam mengenai hal ini.

Semoga apa yang dikongsikan oleh Nurul Farhana ini dapat menyedarkan kira semua mengenai perkara yang sering diambil ringan ini.

pengantin tal solat

Pengantin sekarang ramai TAK SOLAT.

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri

Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengah hari

Dah tahu Zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yang ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan


Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dengan kejahilan diri

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan

Busana yang anggun disarung tadi dibawa pula ke majlis pernikahan untuk menjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum malam pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus pasang mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerana sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu tinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mereka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH

MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori