Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Jamali Shadat Meninggal Dunia,...

KUALA LUMPUR - Pelawak komedi ’stand up’ dan penghibur yang meniru suara ‘Atan”, veteran...

Jika Tidak Di Dunia,...

Menjelang 10 FEB: Harapan, Doa, Kisah Hipokrasi Dan 'Keadilan'Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Setelah kes...

RPBIC Himpun Peminat Ikan...

ROMPIN - Cabaran menangkap ikan layaran melalui acara tahunan Royal Pahang Billfish International...

Wiski Dan Vodka Halal...

Sebuah syarikat pengeluar minuman keras telah mencipta dan memasarkan vodka dan wiski dalam 'versi...

Video: Dua Peragut Dibelasah Penduduk Kepong

RAKAMAN video dua peragut lelaki yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, tersebar.

Menerusi visual, kedua-dua suspek dianggarkan berusia 20-an itu dilihat ‘lunyai’ berlumuran darah akibat tidak mampu mempertahankan diri setelah dibelasah teruk penduduk tempatan.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berjalan ke tempat kerja sebelum didatangi oleh dua lelaki berkenaan dari arah belakang.

Difahamkan, salah seorang daripada lelaki warga tempatan itu merentap beg tangan mangsa sebelum mangsa terjatuh dan mereka melarikan diri.


Bagaimanapun, reaksi segelintir netizen melalui media sosial yang melihat rakaman tersebut seakan-akan simpati terhadap kedua-dua suspek yang berlumuran darah akibat dibelasah secara kejam.

Saya juga pernah diragut, namun saya tak rasakan orang awam perlu belasah penjenayah sehingga sebegini rupa…bukankah kita ada pihak polis dan undang-undang bagi hukum mereka?,” tulis Kavin Lawrence.

Perlukan lelaki ini dipermalukan sehingga sebegini rupa? Kesian saya tengok, yelah walaupun mereka ‘layak’ dibelasah,” tulis Vasantha Krishnan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori