Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Senyum Dan Tunjuk Isyarat...

TIADA sidang media atau pengumuman mengenai pembentukan kerajaan baharu dibuat selepas Majlis Makan...

Mayat Lelaki Lemas Di...

JOHOR BAHARU - Lelaki yang dipercayai lemas ketika mencari pucuk daun nipah di...

JBPM Mahukan Keadilan Untuk...

MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham...

Rakyat Tidak Jaga Kesihatan...

KOTA KINABALU - Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir...

Najib Mohon Batal Perenggan Dalam Pernyataan Pembelaan Dr Ling

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, yang disaman atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Peguam M. Reza Hassan, yang mewakili perdana menteri, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’hara.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri Gregory Ling yang mewakili bapanya, Dr Ling, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

M. Reza ketika ditemui pemberita berkata permohonan itu difailkan Najib pada 21 Jan lepas.

Sementara itu, Ling berkata Dr Ling telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan saman Najib pada 15 Feb lepas.

“Defendan memohon saman Najib dibatalkan atas alasan tuntutan Najib merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah dan tiada sebab munasabah untuk tindakan,” kata peguam itu.

Beliau berkata permohonan untuk membatalkan saman itu telah diserahkan kepada perdana menteri pada 16 Feb lepas.

Ling berkata permohonan Dr Ling untuk membatalkan saman Najib diikrarkan dalam afidavit bertarikh 15 Feb lepas dan disokong oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya cadangan Hakim O’hara supaya kes berkenaan diselesaikan melalui mediasi masih dalam perbincangan, dan mahkamah menetapkan
31 Mac ini untuk pengurusan kes.

Pada 27 Okt tahun lepas, Najib menyaman Dr Ling dan antara lain memohon perintah supaya bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan olehnya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Ling atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Selaku plaintif, beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt tahun lepas.

Perdana menteri mendakwa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan niat jahat supaya beliau berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian dan perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan tanpa apa-apa asas atau bukti. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LbYIpoLFDSs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori