Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kebakaran Rumah, Stor Di...

TELUK INTAN - Sebuah rumah dan stor musnah dalam satu kebakaran di Perumahan...

Jualan Ford Meningkat 2%...

KUALA LUMPUR - Jualan Ford pada Oktober meningkat dua peratus berbanding bulan sebelum...

Aliff Aziz Mohon Maaf...

PENYANYI kelahiran Singapura yang penuh dengan kisah kontroversi, Aliff Aziz akhirnya tampil membuat...

Legoland Tawar Pas Tahunan...

KUALA LUMPUR – Legoland Malaysia Resort menawarkan Pas Tahunan pada harga tiket untuk...

Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Perceraian

SEBELUM ini Yatt Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan bakal suaminya, Mohammad Zulfadli Khiruddin, 26, adalah punca perceraian rumah tangganya, kini bekas suaminya tampil memberikan jawapan.

“Saya tidak menafikan hal mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai orang ketiga dalam khabar angin perceraian kami, tapi saya sudah lama memaafkan mereka. Kini saya doakan yang terbaik untuk mereka yang bakal berkahwin nanti”

“Saya rasa berdosa jika mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang benar. Seperti bersubahat menipu pula. Cukuplah, itu sahaja komen saya berkaitan perkara ini” katanya.

BACA:  Yatt Hamzah Bakal Kahwini Lelaki Lebih Muda?

JUGA: Yatt Hamzah Kenal Bakal Suami Baru Sebelum Bercerai

Dia juga memberitahu bahawa dia tidak terkejut sama sekali dengan berita perkahwinan Yatt, malah perkara itu sudah diduga dan mendoakan segalanya berjalan dengan lancar.


“Saya tidak terperanjat, seperti yang dijangka dan saya terima dengan hati yang terbuka. Semoga jodoh baru Yatt kekal”

“Saya berharap Yatt jujur, hormat dan taat kepada suami barunya nanti dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak kami”. – Mynewshub.cc

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zvGahNQK1N0]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori