Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Selebriti Jangan Campur Tangan...

SEJAK kebelakangan ini, beberapa selebriti tempatan dilihat sudah mula berani bersuara menyatakan pandangan...

Motac Sasar Malaysia 10...

MELAKA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menyasarkan Malaysia untuk berada dalam...

Rumah Mampu Milik RM80,000...

PETALING JAYA - Rumah mampu milik berharga dalam lingkungan RM70,000 hingga RM80,000 di...

Curi Kenderaan: Polis Tahan...

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan...

Berlian 40 Karat Bernilai RM60 Juta Ditemui

ANGOLA – Berlian 404 karat berukuran lebih 2.7 inci ditemui di Angola, kata syarikat perlombongan Australia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lucapa Diamond Company yang berpengkalan di Perth, batu permata tersebut adalah berlian terbesar pernah ditemui di Anggola.‎

“Berlian putih tersebut dianggarkan bernilai kira-kira A$20 juta (RM60 juta),” kata Pengerusi Lucapa Diamond Company, Miles Kennedy kepada Australian Broadcasting Corp.

Menurutnya, berlian tersebut ditemui dalam Project Diamond Lulo iaitu projek perkongsian antara syarikat itu dengan syarikat belian nasional Angola serta pelabur swasta.


Kawasan perlombongan projek Lulo telah menghasilkan lebih daripada 60 berlian besar sejak ketiga-tiganya mula meneroka rantau ini pada tahun 2015, kata Lucapa yang dipetik AP.

Berlian terbesar yang pernah ditemui adalah berlian Cullinan berjumlah 3,106 karat ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1905. – Agensi/Mynewshub.cc

Baca: Berlian Terbesar Dalam 100 Tahun Dengan 1,111 Karat

Juga: Berlian 100 Karat Paling Sempurna Bernilai RM80 Juta

[wpdevart_youtube]bdpKI_z0ZCY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori