SEBUAH kedai menjual telefon pintar dan aksesori telefon di Tbilisi, Georgia, mempunyai strategi pemasaran tersendiri bagi melariskan jualan produk mereka.
Antaranya, memanggil paderi untuk memberi ‘restu’ dan membuang anasir-anasir tidak elok di kedai tersebut.
Menurut pemilik kedai terbabit, Georgiy Machavariani, pelanggannya jarang-jarang sekali membeli iPhone kerana mereka mengganggap telefon pintar itu sejenis peralatan yang ‘jahat’ dan melekakan (device of the devil).
Pihak pengurusan premis itu turut merekod video ritual yang dilakukan paderi itu sepeti merenjis air sekitar kedai selain memberikan ‘restu’ kepada produk yang ada. – MYNEWSHUB.CC