Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Jangan Ingat Sarawak...

KUALA LUMPUR - Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan...

Tiga Beradik Antara Empat...

Tawau : Empat individu termasuk tiga beradik direman selama tujuh hari bermula hari...

Covid-19: 6,000 Maut Dalam...

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 6,000 kes dalam...

VIDEO: Sebijik La! Ariana...

Penyanyi kecil molek, Ariana Grande sememangnya bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah...

2 Bulan Tak Pergi Sekolah Demi Jaga Ibu Di Hospital

TERSENTUH hati kami apabila membaca kisah seorang anak yang sudah dua bulan tidak bersekolah kerana menguruskan ibunya yang sakit di hospital.

Apa yang lebih menyedihkan, remaja berusia 13 tahun itu merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh wanita yang dipanggilnya ibu sejak bayi.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Khairul Nizam Abd Ghani, dia bersama sebuah badan NGO baru-baru ini melawat ke Hospital Tanah Merah, Kelantan bagi melihat sendiri keadaan seorang adik yang setia menjaga ibunya yang uzur di hospital.

“Ziarah kami mendapati seorang ibu 48 tahun yang uzur kerana sakit kencing manis. Setia di sisinya ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.”

2

adik

5

3


Rohani Binti Mahmood, 48, telah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah beberapa bulan lalu akibat kencing manis.

Perkara ini membuatkan murid Sekolah Tahfiz Serendah, Pasir Mas, Kelantan itu nekad berhenti belajar untuk menjaga ibunya yang terlantar keseorangan.

Setiap hari adik ini dengan dibantu kakitangan hospital, akan bantu si ibu setiap kali hendak ke tandas dan memandikannya.

Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada ibu dan adik berkenaan, bolehlah hubungi pihak hospital Tanah Merah bagi pengesahan maklumat atau terus menyalurkan sumbangan ke nombor akaun 03054020349067 (Bank Islam) atas nama Rohani Binti Mahmood.

Kisah pengorbanan adik ini mendapat pujian netizen di media sosial, mudah-mudahan ibunya cepat sempuh dan dia dapat kembali bersekolah semula. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori