VIDEO seorang lelaki dipukul dengan kejam hingga kehilangan suara kini beredar di laman sosial.
Mangsa dikatakan seorang warga Indonesia yang bekerja di sebuah kedai judi dan dipukul majikannya apabila wang yang dikira selepas tempoh kerjanya berakhir didapati kurang.
Kebanyakan komen mengecam perbuatan kejam lelaki yang bertindak memukul mangsa seteruk itu.
Mereka meminta PDRM mengambil tindakan mengenalpasti suspek dan mengheretnya ke muka pengadilan namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian benar-benar berlaku di Malaysia.
Walau apa pun alasannya dan tak kira di mana ianya berlaku, manusia yang memukul itu memang tak punya peri kemanusiaan memandangkan mangsa yang menjadi bahan sasarannya tidak berdaya langsung untuk melawan.
BACA: Video: Bangla Dibelasah, Cuba Rogol Budak Di Kafe Siber
Pada masa sama, perbuatan memukul pesalah oleh orang awam hingga kadang-kadang kehilangan nyawa adalah sesuatu yang tidak patut.
Ini kerana saluran undang-undang diwujudkan untuk mengelak manusia sesuka hati menghukum orang lain ikut pertimbangan sendiri. – MYNEWSHUB.CC