LONDON – Menurut sebuah laporan, Jose Mourinho tidak akan dilantik menjadi pengurus pasukan bola sepak Manchester United sehingga bulan Jun tahun ini.
Bekas pengurus itu Chelsea dijangka akan menjadi pengurus terbaharu The Red Devils,  menggantikan Louis van Gaal.
Ia telah dicadangkan bahawa Mourinho boleh tiba sebagai pengurus pasukan dalam masa terdekat untuk menggantikan Van Gaal, tetapi Daily Mail telah menafikan perkara itu.
Sebuah akhbar mengatakan pengurus baru itu  mungkin mengambil alih pada bulan Jun, dan Van Gaal tidak akan disingkirkan sehingga akhir musim ini.
Baru-baru ini, satu lagi laporan mendakwa bahawa Manchester United perlu membayar Van Gaal £10 juta (RM59,148,850.00) sebagai pampasan jika dia dipecat sekarang. – MYNEWSHUB.CC