Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Annuar Beri Keterangan Di...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang digantung tugas, Tan Sri...

Kisah Suardi, Pengemis ‘Winnie...

JIKA di Malaysia, golongan pengemis sering mendapat pandangan negatif daripada masyarakat awam.Kewujudan mereka...

Jerebu: Tabika Kemas Tutup...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan ditutup akibat...

Siasatan Nahas QZ8501 Diketahui...

JAKARTA – Indonesia akan mengumumkan keputusan siasatan akhir berhubung nahas pesawat AirAsia QZ8501...

Tahniah HKL, Adik Nurfadzilah Kini Kembali Normal

GAMBAR seorang remaja perempuan yang memaparkan keadaan sebelum dan selepas dia menjalani pembedahan viral di media sosial.

Menerusi posting di halaman Facebooknya, Nurfadzilah Rahim berkongsikan gambar sewaktu dirinya dilahirkan dengan tulang belakang istimewa dan berbeza, menyebabkan dia tidak dapat berdiri dan berjalan secara normal.

kaki3

Penyakit yang dihadapi Nurfadzilah dinamakan sebagai Scoliosis atau penyisihan leteral pada bahagian tulang belakang, akibat daripada struktur kongenital yang abnormal pada tulang vertebra.

kaki4

Difahamkan Nurfadzilah telah mendapatkan mendapatkan rawatan dan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga tahun sehingga dia mampu berdiri seperti orang biasa.


“Pujian kepada Allah SWT, sudah tiga tahun saya menjalani pembedahan Scoliosis (13 Februari 2013). Saya dilahirkan dengan tulang belakang yang unik dan berbeza dengan orang lain. Banyak perubahan yang baik selepas menjalani pembedahan,” katanya.

Dalam kenyataannya itu, beliau sangat berterima kasih pada doktor-doktor dan kakitangan HKL yang terlibat dalam membantunya pulih seperti orang biasa.

Apa-apa pun, persepsi mengenai hospital kerajaan yang sering dikritik dari segi perkhidmatan dan layanan nampaknya sudah boleh dibuang sejauh mungkin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori