Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buaya Terperangkap Di Pintu...

SHAH ALAM - Seekor buaya seberat kira-kira satu tan ditemui terperangkap di pintu...

Aznil Naikkan Semangat Sukan...

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan...

Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran...

SINGAPURA - Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di...

Kebebasan Agama Malaysia Jauh...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan, Datuk...

Anggota Parlimen Indonesia Terbabit Penyalahgunaan Dadah

JAKARTA – Seorang Anggota Parlimen Republik Indonesia dari Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Fanny Safriansyah atau lebih dikenali sebagai Ivan Haz, adalah antara beberapa orang termasuk anggota penguat kuasa yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan dadah.

Media-media tempatan memetik Ketua Badan Narkotik Nasional Budi Waseso sebagai berkata Ivan Haz adalah antara mereka yang ditahan dalam satu operasi di sebuah kem tentera di sini pada Isnin lepas.

Kes itu kini dibawah siasatan polis.

Ivan Haz, 38, anak bekas naib presiden Indonesia Hamzah Haz, memenangi kerusi parlimen bagi kawasan Jawa Tengah pada pilihan raya umum 2014.

Menurut laporan media dalam talian, Ivan Haz yang juga anggota Komisi IV Dewan Perwakilan Rakyat dipercayai ditahan ketika membeli dadah jenis syabu di sebuah markas Angkatan Darat.

Ivan Haz sebelum ini pernah dikaitkan dalam beberapa kes jenayah termasuk kes penderaan pembantu rumahnya pada tahun lepas tetapi beliau tidak didakwa kerana kekurangan bukti.


Sementara itu, Setiausaha Agung PPP Muhammad Romahurmuziy turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan mengenai penahanan Ivan Haz dan menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa.

Katanya setakat ini, pihak parti belum menghubungi Ivan Haz dan tidak tahu di mana wakil rakyat itu berada.

Dalam pada itu, Ketua Polis Republik Indonesia Badrodin Haiti dipetik sebagai berkata bahawa dalam operasi khas di kem tentera itu, pihak berkuasa menahan 19 anggota tentera, lima anggota polis dan sembilan orang awam termasuk seorang wakil rakyat.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Ivan Haz ditangkap semasa operasi di kem berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n82avrjnXEY[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori