LOS ANGELES – Sekurang-kurangnya tiga maut dan 20 lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah kilang jentera memotong rumput di bandar kecil di Kansas, kata syerif.
Syerif T Waton berkata, lelaki bersenjata itu seperti yang digambarkan oleh pekerja di kilang Excel Industries di bandar Hesston itu dibunuh oleh pihak berkuasa.
Walton berkata, kemungkinan tiga atau empat orang maut termasuk seorang suspek dan sehingga 20 lagi cedera selepas serangan berkenaan. Walton berkata, suspek adalah kakitangan Excel Industries dan beliau adalah suspek yang ditembak mati.
“Kejadian ini memang mengerikan. Ramai yang akan bersedih sebelum ia berakhir sepenuhnya,” katanya.
Seorang saksi berkata, suspek itu pada mulanya menembak seorang wanita di tempat parkir Excel Industries sebelum memasuki bahagian pengeluaran di kilang itu dan mula melepaskan tembakan.
“Kami ingin apa sebenarnya yang berlaku. Kami perlu tahu apa sejarah silam penembak dan barulah kita boleh melaluinya,” kata Walton. – AFP/BH ONLINE