Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Rang Undang-Undang Anti Keganasan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada...

Isu Vaksin: Tawakal Tanpa...

KUALA LUMPUR - "Islam sangat memandang tinggi nyawa seorang individu Muslim. Nyawa seorang...

Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU...

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2022 akan diadakan pada 3 hingga 5...

Mustapa Hadir Hari Terakhir...

KOTA BHARU - Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa...

Pekebun Sembur Cat Hitam Di Pisang

ALOR GAJAH – Seorang pekebun pisang di Melaka mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah kecurian pisang di kebun mereka dengan menyembur cat hitam.

Abdullah berkata Mahad, 46; dia menggunakan teknik mudah itu ketika menguruskan pisang tanduk diusahakan di kebun seluas 1.4 hektar di Kampung Ayer Hitam Darat, Masjid Tanah.

Menurutnya, selepas menyembur cat hitam pada pisang, sedikit sebanyak berjaya mengelakkan pisang helang bernilai RM4 sekilogram dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya mengeluarkan kos agak tinggi untuk menanam dan membaja selain terpaksa tunggu lapan bulan untuk menikmati hasil tetapi pencuri hanya mengambil 10 minit untuk mengaut hasil.

“Sejak mengusahakan kebun pisang 10 tahun lalu, banyak kali tanaman saya menjadi mangsa pencuri. Sejak beberapa bulan lalu, saya menyembur cat hitam pada pisang yang dua minggu lagi akan ditebang bagi mengelak ia dicuri dan kalau hilang pun, saya boleh mengecamnya,” katanya.

Selepas menggunakan teknik unik itu, dia turut menjalin kerjasama dengan ramai pembeli pisang di sekitar Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.


“Saya meminta mereka supaya tidak membeli pisang helang yang ada tanda cat hitam daripada orang lain selain daripada saya sendiri.

“Saya pernah terjumpa pisang saya digoreng oleh seorang peniaga di satu tempat di Kuala Linggi. Apabila saya tanya, dia kata ada orang yang jual kepadanya.

“Saya minta dia jangan beli lagi pisang itu daripada orang lain selain saya pada masa depan kerana ia pisang saya yang dicuri,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori