Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Perkongsian Kuasa Pelbagai Kaum...

TENOM – Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Radin Malleh berkata perkongsian...

PAC Minta Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta pihak berkuasa supaya menyiasat...

Pusat Pemindahan Di Kota...

KOTA KINABALU - Pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Tun Said di Kota...

Pekerja Seks Sanggup Bayar...

KUALA LUMPUR - Sebilangan wanita warga asing sanggup membayar wang kepada lelaki warga...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar membeli rumah diberi peluang untuk menjadi peneroka.

Kerajaan pernah melaksanakan program ini tahun 1950-an dengan pembangunan tanah secara berkelompok tanaman kelapa sawit dan getah di bawah penyeliaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Dengan tenaga muda serta kecanggihan teknologi di samping hasil penemuan pertanian dalam serta luar negara, mereka boleh menjadi peneroka lebih berjaya untuk melonjak kemampuan negara dalam pengeluaran hasil tanaman.

Ini dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import bahan makanan.

Penerokaan tanah rancangan ini mungkin boleh dikhususkan kepada pengeluaran pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, tambahan pula buah-buahan tempatan kian mendapat tempat di persada antarabangsa.

Penulis yang pernah meninjau pasar raya di Dubai, UAE agak kecewa kerana kebanyakan buah-buahan di Malaysia dimonopoli negara jiran.

Begitu juga jika kita meninjau pasar raya tempatan dan pasar tani, apabila ditanya mesti dari negara jiran. Ini kerana buah-buahan tempatan mengikut musim.

Pernah penulis bertanya kepada seorang pekerja pasar raya mengapa mangga negara jiran yang dijual. Kenapa tidak ada mangga keluaran tempatan.

Jawapannya singkat, “Harga mangga negara jiran lebih murah.”

Statistik Pemasaran FAMA 2014, import bahan makanan Malaysia termasuk ternakan, perikanan, tanaman dan lain-lain berjumlah RM38.88 bilion untuk tahun 2013.

Daripada jumlah itu, import sayur-sayuran untuk tahun 2013 sebanyak RM402.3 juta sementara import buah-buahan pula RM383.20 juta.

Antara yang dikategorikan sebagai sayur yang diimport ialah jagung manis, timun, sawi, kacang panjang, kacang bendi dan ubi kayu.

Sementara import buah-buah terpilih 2013 termasuk pisang, kelapa, betik, nanas, jambu batu, mangga, manggis, rambutan, nangka, cempedak dan durian.

Melihatkan senarai ini, pasti ada menggelengkan kepala dan hairan mengapa negara perlu mengimport sayur serta buah tersebut?

Apa kurangnya tanah kita? Apa kurangnya teknologi pertanian kita? Apa kurangnya dengan kudrat serta kemampuan rakyat negara ini?


Penulis ingin berkongsi ketika bercuti di Taipei baru-baru ini, rata-rata buah-buahan serta sayur-sayuran di pasar raya di negara itu hasil keluaran tempatan termasuk buah nona dan buah durian belanda.

Kerajaan ketika mengumumkan keputusan membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh memberi alasan kerana anak muda tempatan tidak berminat melakukan ‘kerja 3D’ iaitu ‘dangerous’ (bahaya), ‘difficult’ (sukar) dan ‘dirty’ (kotor).

Pengambilan pekerja asing itu dilaporkan untuk memenuhi permintaan pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Ekoran daripada banyaknya bantahan daripada pihak yang bimbang dengan gejala sosial yang mungkin timbul ekoran kebanjiran pekerja asing itu, rancangan itu terpaksa ditangguhkan.

Mungkin inilah masanya untuk kerajaan menggerakkan semula rancangan penerokaan tanah secara berkelompok dan membuka peluang kepada generasi muda termasuk Gen Y menjadi peneroka.

Cabar mereka untuk melakukan ‘kerja 3D’ sebagai peneroka! Cabar mereka untuk bermandi peluh seperti yang dilalui peneroka-peneroka terdahulu.

Ambil semangat juang peneroka FELDA Lurah Bilut, tanah rancangan pertama negara di Bentong, Pahang pada 1 Jan 1958.

Penulis sempat ke FELDA Lurah Bilut beberapa tahun lepas dan menemu bual beberapa orang peserta FELDA ini untuk berkongsi pengalaman mereka menjadi peneroka.

Peserta tanah rancangan ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan ada yang berasal dari luar Pahang.

Kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an ketika menjadi peneroka dan ada yang baru berkahwin. Mereka datang hanya berbekalkan semangat kental ingin memulakan kehidupan baru meskipun tahu akan tinggal di tengah-tengah hutan belantara.

Rata-rata peneroka ini telah menikmati kehidupan yang jauh lebih baik yang turut diwarisi anak serta cucu masing-masing.

Mungkin peluang yang sama perlu dibuka kepada generasi muda hari ini yang mungkin sudah kehilangan punca untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Jika generasi dulu boleh melakukannya, mengapa tidak mereka? – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori