Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Budak Dilanggar Van Sekolah...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang digilis van sekolah yang...

Seni ‘Menjerit’ Oleh Yoko...

JIKA anda peminat John Lennon yang merupakan pengasas kumpulan rock terkenal era 60-an,...

Felixia Yeap, Selebriti Tempatan...

JIKA tadi anda dihidangkan dengan senarai selebriti Hollywood paling popular di'google' tahun ini,...

Pekedai Runcit Ditahan Jual...

BERA - Seorang pekedai runcit ditahan kerana menjual rokok dan minuman keras seludup...

Pengantin Terlewat, Pernikahan Yatt Hamzah Hampir Batal

SHAH ALAM: Hampir dibatalkan akibat kelewatan pasangan pengantin, pelakon Yatt Hamzah selamat dinikahkan dengan Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, dengan sekali lafaz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pagi ini (Sabtu).

Pernikahan kali kedua bagi Yatt itu disempurnakan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Muhamad Sujak Dusuki, kira-kira jam 9 pagi.

Majlis turut dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga terdekat pasangan pengantin. Yatt menerima mas kahwin RM300 berserta sembilan dulang hantaran berupa makanan dan perhiasan daripada pihak pengantin lelaki.

KREDIT FOTO: NSTP/BERITA HARIAN
KREDIT FOTO: NSTP/BERITA HARIAN

Sementara itu, Yatt melahirkan rasa syukur dan gembira selepas sah bergelar isteri kepada Zulfadhli, yang bertugas sebagai juruvideo.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana tidak sangka dijodohkan dengan Zulfadhli. Ada juga rasa sebak pada masa yang sama kerana pada ketika saya seronok, abah sudah tiada.

“Sudah empat bulan arwah meninggalkan kami. Namun, saya bersyukur dan terharu kerana kehadiran Zulfadhli seperti mengisi ketiadaan arwah,” katanya ketika ditemui sejurus selesai majlis pernikahannya.


KREDIT FOTO: NSTP/BERITA HARIAN
KREDIT FOTO: NSTP/BERITA HARIAN

Majlis pernikahan itu disusuli dengan sambutan ulang tahun keenam anak perempuannya, Suci Haninia Malika yang ke-6.

Suci adalah hasil perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Yatt berpisah Abdul Mutalib pada Ogos tahun lalu. – BERITA HARIAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori