Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ruang Perniagaan Umpama JPO...

KUALA LUMPUR, 28 April -- Kerajaan meluluskan satu lagi ruang perniagaan mewah menjual barangan...

Isu Belot, Korea Utara...

SEOUL - Korea Utara dipercayai menggantikan semua pengawal keselamatan di sempadan, berikutan insiden...

Playstation 4 Jauh Lebih...

KAJIAN terbaharu yang dilakukan mendapati, konsol game Sony Playstation 4 mencatat jualan lebih...

Video: Pencuri Rembat iPhone...

SEORANGƃā€šĆ‚Ā lelaki dirakam mencuri sebuah iPhone ketika pemiliknya sedang leka bermain komputer di sebuah...

Kuali, Bantal, Tuala: Hadiah Kahwin Paling ‘Rare’!

KEBIASAANNYA jika kita menghadiri majlis perkahwinan, pasti akan terlintas di fikiran apakah hadiah yang paling sesuai untuk diberikan kepada pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Daripada membeli hadiah yang pengantin tidak akan guna sampai bila-bila, lebih baik jika berikan mereka hadiah yang kerap diperlukan.

Antaranya;

TUALA:

 

Tuala yang berkualiti agak mahal untuk dibeli secara banyak pada satu-satu masa. Selepas berpindah ke rumah baharu, pasangan yang baharu berkahwin tentunya perlukan tuala lebih untuk tetamu yang bermalam di rumah mereka nanti.

BARANGAN ELEKTRIK:

Walaupun ramai yang memilih untuk menghadiahkan pengantin barangan dalam kategori ini, tidak salah untuk anda menghadiahkan raja sehari blender/microwave/periuk nasi dan sebagainya. Pengantin memang dah agak akan dapat barangan sebegini dan selalunya tidak masukkan dalam bajet untuk kelengkapan rumah baru mereka.

KUALI:

Kalau anda mahu lain sedikit daripada tetamu lain dan ingin menghadiahkan sesuatu untuk dapur mereka, apa kata anda berikan pasangan ini kuali atau frying pan atau yang seangkatan dengannya. Pasangan tentunya suka.

BACA:ƃā€šĆ‚Ā 10 Perkara Paling Best Bila Kahwin Muda..


SET KUTLERI:

Set kutleri agak cool sebagai hadiah untuk pasangan raja sehari kerana bukan sahaja mereka memang memerlukannya, tetapi kebiasaannya set kutleri ini akan datang dalam kotak, memang cantik dan sesuai untuk diberikan sebagai hadiah.

BANTAL:

Seperti tuala, bantal pun tidak cukup sorang satu saja di rumah baru nanti. Semua benda kena ada lebih sedikit. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, untuk tetamu yang akan bermalam di rumah seperti keluarga dan kawan-kawan.

JUGA BACA:ƃā€šĆ‚Ā Sempena ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“Musim KahwinƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢.. Kompilasi Video Lawak Akad Nikah

DUIT:

Jika anda rasa anda agak complicatedƃā€šĆ‚Ā untuk membeli hadiah atau tidak sempat, beri sahaja duit. Pasangan pengantin boleh menggunakan duit ini untuk membeli barangan yang dirasakan tidak lengkap untuk rumah mereka.

JUGA BACA:ƃā€šĆ‚Ā Jutawan India Berhabis RM90 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori