Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Skuad Bola Sepak Berakhir...

PADA tahun 1994 - saya menguruskan pasukan bola sepak di kawasan perumahan sekitar Cheras....

Plot Kubur Untuk Penyokong...

Sao Paulo - Peminat sebuah pasukan bola sepak terkemuka di Brazil kini boleh...

Zahid Sedar Ada Usaha...

BONGKAR... Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu adanya usaha orang tengah yang...

Pokok Petai Menangis: Jangan...

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri mengingatkan masyarakat negeri ini agar...

Liu Jadi Pelajar Tunggal Di Sekolah Pedalaman Hubei

Pelajar-pelajar di China akan berkongsi dengan 40 pelajar di dalam kelas tetapi tidak bagi Liu Jiankang, apabila dia merupakan satu-satunya pelajar yang bersekolah di Akademi Pembelajaran Taohuagou di kawasan pedalaman Hubei.

Ibu bapa Liu bekerja di bandar besar di China dan terletak jauh dari situ, jadi budak itu dipelihara oleh datuk dan neneknya.

Sekolah itu pernah mempunyai 300 pelajar tetapi kini hanya tinggal Liu seorang sahaja selepas keluarga lain berpindah dari kawasan itu untuk mendapat peluang kehidupan yang lebih baik di tempat lain.

Sekolah terbabit juga pernah mempunyai 30 guru tetapi kini hanya tinggal Liu Zhaoming seorang sahaja yang mengajar di situ. Dia telah mengajar di sekolah berkenaan sejak 38 tahun lalu.

Dianggarkan kini terdapat lebih 61 juta kanak-kanak di China yang membesar tanpa ibu bapa di sisi disebabkan ibu bapa mereka bekerja di tempat yang jauh.

Kebanyakan mereka juga tidak akan bertemu dengan ibu bapa masing-masing sepanjang tempoh pembesaran.


Keadaan ini menyebabkan China mengeluarkan garis panduan untuk melindungi kanak-kanak yang senasib dengan Liu ini.

Mengikut garis panduan itu, pegawai kerajaan tempatan akan melawat kanak-kanak terbabit bagi memastikan tidak ada kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah tinggal seorang diri.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori