MAIDUGURI, Nigeria – Dua pengebom bunuh diri wanita meletupkan diri mereka di kem pelarian timur laut Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 58 orang terkorban, kelmarin.
Pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Borno berkata, kira-kira 78 cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di kem dihuni kira-kira 50,000 orang yang diusir kumpulan militan Boko Haram.
Beliau berkata, 51 mayat dikebumikan, semalam di Dikwa, lokasi pembunuhan beramai-ramai terletak kira-kira 85 kilometer di timur laut Maiduguri.
Sementara itu, pekerja kesihatan berkata, lima mayat dibawa ke hospital utama di Maiduguri.
Sementara itu, pengebom wanita ketiga ditahan dan memberikan maklumat kepada pegawai berkaitan mengenai rancangan pengeboman lain, yang membantu mereka meningkatkan keselamatan di kem berkenaan.
Pemberontakan militan Boko Haram selama enam tahun menyebabkan kira-kira 20,000 orang terkorban, manakala 2.5 juta kehilangan tempat tinggal dan menetap di merata sempadan Nigeria. – AP
[wpdevart_youtube]TfFBTgM3Zlk[/wpdevart_youtube]