Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lembaga Getah Mahu Penoreh...

BALING - "Lembaga Getah Malaysia (LGM) mahu penoreh getah terus menoreh getah walaupun...

Peguam Puteri Sarah Dakwa...

Kuala Lumpur : Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul...

Ustaz Kasanova Kahwin 13...

IMEJ dan lagak gayanya yang penuh Islamik dan kononnya merupakan mantan Imam Masjid...

Iskandar Malaysia Ambil Kira...

ISKANDAR PUTERI – Iskandar Malaysia perlu bersedia untuk memudahkan transformasi baharu, yang bermakna...

2 Remaja Mati Lemas Di Tawau

TAWAU – Dua remaja lelaki maut ketika mandi bersama tiga lagi rakan mereka di sebuah kolam di Kampung Hidayat, Kilometer 6.4 Jalan Apas, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Ag Ahmad berkata tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi, selepas menerima panggilan kira-kira jam 7.58 pagi, untuk mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

Pasukan bomba telah menemui mangsa pertama Binhar Patta, 19, dan mangsa kedua dikenali sebagai Haikal Daniel, 13, ditemui 15 minit kemudian, sementara tiga rakan mereka selamat, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kejadin lemas di kolam itu merupakan kali kedua selepas kejadian pada 6 Nov tahun lepas.


Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan Norimah Ahmad, 17, maut ketika cuba menyelamatkan adiknya yang jatuh semasa mereka sedang membasuh kain di kolam berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori