Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Lahir 10 Bayi...

CAPE TOWN - Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa melahirkan 10 bayi kembar...

TPM Tempelak Penulis Blog...

DALAM budaya masyarakat Melayu, hal-ehwal majlis kenduri perkahwinan anak adalah perkara besar dalam...

Timor Leste Sedia Bekal...

KUALA LUMPUR - Timor Leste bersedia membekalkan tenaga kerja sebagai pembantu rumah ke...

Lebih 4 Juta Kenderaan...

IPOH: Kerajaan negeri menjangkakan lebih 4 juta kenderaan akan memasuki Perak melalui Lebuh...

20 Ekor Kambing Rentung Dalam Kebakaran

Taiping – Dua puluh kambing milik seorang penduduk di Lorong Datuk Anuar Musa 3, Kampung Pinang Seberang, Kamunting, dekat sini, rentung apabila kandang haiwan ternakan itu terbakar dalam kejadian jam 11.20 malam tadi.

Pegawai Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum segera ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian api marak membakar kandang berkenaan sebelum berjaya dikawal dan dipadam hampir satu jam kemudian.

“Kira-kira 90 peratus kandang kambing berkenaan musnah terbakar menyebabkan 20 kambing mati,”katanya ketika dihubungi di sini.


Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori