Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Media Diminta Guna Kebebasan...

SHAH ALAM - Pengamal media perlu menggunakan sebaiknya kebebasan media yang diberikan oleh...

Barang Duk Naik Harga,...

Masih berbincang?Menteri KPDNHEP mesti pro-aktif mengawal harga barang-barang keperluan asas rakyat pasca pandemik...

Polis Tahan Peguam Ugut...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan kes berhubung dakwaan...

PRN: PKR Tanding 10...

ALOR SETAR: PKR dijangka bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada...

Kesemua Pemancing Bot Karam Dekat Langkawi Ditemui Selamat

LANGKAWI – Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menemui bot membawa pemancing yang sebelum itu dilaporkan karam berdekatan Pulau Payar dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun, jumlah pemancing yang diselamatkan lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara, Kapten Maritim Salim Ahmad berkata beliau menerima laporan 19 orang diselamatkan dari bot berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang ini, dan jumlah itu lebih tinggi berbanding 15 orang yang dilaporkan sebelum ini.

BERKAITAN: 15 Pemancing Hilang Selepas Bot Karam Di Pulau Payar

“Kita dapat mengesahkan kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan dan telah dipindahkan ke bot-bot nelayan yang mengikuti operasi, untuk dibawa ke Kuala Kedah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, katanya, masalah gangguan komunikasi dengan pasukan operasi itu menyukarkan usaha mengenal pasti jumlah sebenar pemancing menaiki bot itu yang karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar pukul 10.30 malam.


Menurutnya bot yang karam itu berjaya ditimbulkan dan sedang ditunda ke Langkawi dan ia akan mengambil masa kira-kira empat jam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori