Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Peguam, Aktivis Fail Saman...

Kuala Lumpur : Dua peguam dan seorang aktivis memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan...

Akibat Takut Polis, Kereta...

LAHAD DATU - Akibat rasa takut kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang...

Wanita Parah Terlibat Pergaduhan...

BANGKOK - Seorang warga Poland cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan dengan ‘mak nyah’...

Joy Revfa Belum Bercerai...

SEPERTI satu igauan ngeri, kini semakin bertubi-tubi dugaan hadir dalam perkahwinan penyanyi Hafiz...

25 Selamat Selepas Bas Terjunam Ke Dalam Gaung

IPOH – Sejumlah 25 penumpang sebuah bas persiaran termasuk pemandunya terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer 349.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Hentian Sebelah Ladang Bikam, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu, hanya dua penumpang mengalami cedera ringan.

Katanya semasa kejadian bas berkenaan yang membawa 25 penumpang termasuk dua kanak-kanak sedang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Hatyai, Thailand.

“Pihak bomba menerima panggilan pada kira-kira pukul 1.26 pagi dan terus bergegas ke lokasi kemalangan.


Bagaimanapun, semua penumpang bas telah berjaya keluar dari bas dan menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbabas,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nasir Md Noor itu selesai sepenuhnya kira-kira 2.20 pagi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]VZ_4FdDWTzk[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori