Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Mercun Lebih...

BESUT – Polis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM50,000,...

Cuti Tanpa Rekod Penjawat...

KUCHING - Kemudahan cuti tiga buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga...

Minta Orang Ramai Beri...

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merayu orang...

Sesuai Diminum Dengan Salad,...

MINUMAN karbohidrat popular, Cola-Cola telah mengeluarkan perisa baharu yang dijangka mendapat perhatian ramai...

28 Maut Serangan Bom Di Tengah Ankara

ANKARA – Sekurang-kurangnya 28 orang maut manakala 61 cedera dalam serangan bom kereta di tengah ibu negara Ankara, Turki, awal hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Numan Kurtulmus berkata, serangan itu menyasarkan konvoi kenderaan tentera namun menurutnya masih tidak jelas siapa yang bertanggungjawab.

Setakat ini, angka kematian seramai 28 orang. Bom kereta itu diletupkan apabila konvoi bas tentera membawa berpuluh askar berhenti di persimpangan lampu isyarat di tengah Ankara, menyebabkan suasana panik dan kelam kabut.

“Serangan ini amat jelas menyasarkan negara yang kita cintai secara keseluruhan dan dilakukan secara dahsyat, mengaibkan, derhaka dan berbahaya,” kata Kurtulmus. Kepulan asap dapat dilihat di seluruh bandar itu yang naik ke udara, berdekatan ibu pejabat tentera dan Parlimen Turki.


Letupan kuat itu turut kedengaran di seluruh Ankara, menyebabkan penduduk bergegas untuk melihat keadaan menerusi balkoni rumah mereka.

Sementara itu, pihak tentera berkata, serangan itu dilakukan pada kira-kira jam 1631 GMT dan menyasarkan “kenderaan yang membawa anggota tentera.” Washington dalam kenyataan pula mengutuk “serangan pengganas terhadap kakitangan tentera Turki dan orang awam” dan menegaskan solidariti AS dengan rakan penting NATO itu. – AFP

[wpdevart_youtube]al9UZ4-j3M4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori