Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

3 Lelaki Disyaki Pengedar...

IPOH - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai pengedar dadah...

Polis Rampas Pistol Dari...

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan...

Polis Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung Himpunan #Turun yang berlangsung...

Majikan Disaran Laksana Pelan...

KUALA LUMPUR - Majikan perlu melaksanakan pelan pencegahan atau mengurangkan risiko psikososial bagi...

Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkat 18, Ibu Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati di bawah perkarangan sebuah pangsapuri di Danau Kota dipercayai dicampak dari tingkat 18 bangunan berkenaan awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai dibuang ibunya selepas dilahirkan pada kira-kira pukul 3 pagi.

“Polis turut menemui uri bayi kira-kira 30 meter dari lokasi mayat bayi tersebut dijumpai.

Suspek berusia 39 tahun menyewa bilik di sebuah unit di tingkat 18 ditemui dalam keadaan berdarah di bilik air pada pukul 3.20 pagi oleh rakan serumahnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini.

Mohamad Roy berkata polis menahan wanita itu yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan selepas menemui kesan darah dari arah bilik air sehingga ke kawasan balkoni unit itu.

Penghuni unit pangsapuri itu yang terdiri daripada dua pasangan mendapati suspek menjerit menahan kesakitan sebelum mereka menemuinya dalam keadaan berdarah namun tiada bayi ditemui dalam unit mereka.

Mohamad Roy berkata suspek yang bekerja sebagai ejen hartanah dan berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan di bawah Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh anak selepas melahirkan.


Beliau berkata mayat bayi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengambilan sampel darah untuk ujian perbandingan.

Katanya suspek yang tinggal di flat itu sejak November lepas bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun dikatakan dalam proses penceraian namun dilihat sering bertemu seorang lelaki.

“Polis telah memperolehi maklumat berkaitan suami suspek dan sedang mengesannya untuk membantu siasatan,” kata Mohamad Roy. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori