KUALA LUMPUR – Tiga warga emas tinggal sehelai sepinggang apabila rumah setinggan yang didiami mereka lebih 20 tahun di Jalan Peel di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
Tan Kim Swee, 68, berkata dia bersama dua sepupunya Lau Keng Hong, 67, dan Fung Seng Chow, 62, berada di dalam rumah ketika api sedang marak kira-kira 8.20 pagi tadi dan hanya sempat menyelamatkan dokumen penting sebelum rumah mereka musnah sepenuhnya dijilat api.
Tan yang bekerja sebagai penjual besi buruk berkata kini mereka bertiga bimbang kerana tidak mempunyai tempat untuk berlindung. – BERNAMA