Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengamal Media Diminta Sebarkan...

KUALA LUMPUR – Pengamal media di negara ini diminta menyebarkan mesej perpaduan melalui...

Ketua Pemuda Dipenggal, Isteri...

NAIROBI - Seorang ahli kanan sebuah pergerakan pemuda parti pemerintah di Burundi dipenggal...

Hebat Anwar Bebas Keluar...

BELUM pun genap setahun dalam penjara, namun memang agak pelik apabila seorang banduan...

Kedudukan 3 Bekas ADUN...

PORT DICKSON - Kedudukan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka untuk...

3 Warga Indonesia Antara 4 Ditahan Disyaki Pecah Rumah

SHAH ALAM – Polis menumpaskan satu sindiket pecah rumah dengan penahanan tiga suspek warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang dipercayai dalang sindiket berkenaan dalam dua tangkapan berasingan di sini dan di Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dengan penahanan mereka, polis percaya telah berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes pecah rumah yang berlaku di sekitar daerah ini dan Klang sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata dalam tangkapan pertama pada Rabu lepas, dalang sindiket berusia 26 tahun serta seorang lelaki Indonesia berusia 29 tahun ditahan pada pukul 2.30 petang oleh sepasukan peronda polis ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16 di sini.

“Menyedari diekori polis, kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan. Pemeriksaan polis ke atas kereta itu menjumpai tiga buah beg galas yang penuh dengan pelbagai barangan antaranya laptop, barang kemas dan jam tangan.

“Polis turut menjumpai pelbagai alatan seperti pemutar skru dan pemotong besi yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata berikutan soal-siasat ke atas suspek, telah membawa pihak PDRM penahanan dua lagi ahli sindiket warga Indonesia, lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 39 tahun, di sebuah kediaman di Andalas, Klang dekat sini pada pukul 2 pagi Khamis.


“Polis menjumpai pelbagai lagi barangan dipercayai hasil pecah rumah dan alatan bagi melakukan jenayah berkenaan ketika melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

“Jumlah keseluruhan rampasan dalam kedua-dua tangkapan dianggarkan bernilai RM21,000 termasuk beberapa barang kemas yang berjaya diperoleh semula setelah suspek menjualkannya kepada dua buah kedai pajak gadai di sekitar Klang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori