Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Dijangkiti Virus Polio,...

KUALA LUMPUR - Setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus polio, Kementerian Kesihatan...

Mara Sasar 10 Bengkel...

PENDANG - Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri Kedah menyasarkan 10 usahawan bengkel servis...

Warga Kota Teruja MRT...

KUALA LUMPUR - Warga Lembah Klang terutama di ibu kota akan mempunyai lebih...

Gas Kimia: 1,400 Pelajar...

SEORANG murid pengsan, manakala lima lagi muntah-muntah selepas terhidu tumpahan gas kimia di...

4 Disyaki PATI Diberkas Di Perairan Labuan

LABUAN – Empat disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba melarikan diri dengan terjun ke laut berjaya diberkas pasukan penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Ketua Penguatkuasaan APMM Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Mad Isa berkata anggota APMM mengejar bot yang dinaiki suspek hampir 10 minit di pusat tumpuan pelancong di sini, Kampung Air Patau-Patau pada pukul 5 petang dengan disaksikan sekumpulan penduduk kampung.

“Kami bertindak atas maklumat bahawa sebuah bot nelayan digunakan untuk membawa pendatang asing tanpa izin dan kami dengan segera menghantar anggota pasukan penguatkuasaan untuk melakukan pemeriksaan dan menjumpai sebuah bot dengan empat lelaki dan kesemua mereka terjun ke laut untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya kepada Bernama, Rabu.

Beliau berkata kesemua suspek didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang diperlukan dan pemilik bot disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana menyalahgunakan lesen.

Che Adnan mengingatkan penduduk kampung atau pemilik bot supaya menjauhi kegiatan salah itu atau berhadapan dengan tindakan tegas pihak berkuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori