Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerang Gergasi Masak Sweet...

Bahan-bahan:2 kg kerang gergasi (rebus & ambik isi) 4 cili merah - kisar 3 bawang...

Budak 3 Tahun Putus...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan putus kepala selepas dilarikan...

MIC Tanding Di Sungkai,...

IPOH : MIC akan bertanding di baki tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

Pendekatan Lebih Mampan Dalam...

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 memberi peluang yang tepat pada masanya bagi kerajaan...

4 Individu Didakwa Culik Warga Bangladesh

PETALING JAYA – Empat lelaki termasuk dua rakyat tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang lelaki warga Bangladesh di Subang Jaya, bulan lepas.

Dil Mohammad Iman Husin dan Mohd Rofiq Alam, kedua-dua warga Myanmar serta warga tempatan Mohamed Azhan Mohammed Noor, 42, dan Zahiruddin Zainal Abidin, 27, didakwa menculik dan melarikan Ziarul Sareder dengan niat mengurung mangsa di sebuah kedai runcit.

Bagaimanapun, umur mangsa dan tertuduh warga Myanmar itu tidak dinyatakan.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kedai runcit No. L1-11-05, Goodyear Court 7, USJ 14/1 Subang Jaya, Petaling, dekat sini, pada pukul 9 malam, 22 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohamed Azhan turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Atas tuduhan kedua itu, dia didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Majistret Mohd Azli Ibrahim membenarkan tiga tertuduh iaitu Dil Mohammad, Mohamed Azhan dan Zahiruddin masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin manakala Mohd Rofiq tidak dibenarkan diikat jamin kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Selain itu, Mohamed Azhan turut dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin atas tuduhan kedua menyamar sebagai anggota polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari manakala Mohamed Azhan diwakili peguam Datuk Suraj Singh sementara Dil Mohammad dan Zahiruddin masing-masing diwakili peguam Goh Chuan Chean dan Tong Kuan Ling.

Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori