Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

AL-FATIHAH: Ustaz Radzi Melissa...

KUALA LUMPUR - Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa, Ustaz Radzi meninggal dunia di...

Demi Sesuap Nasi, Lelaki...

Kita hanya biasa melihat madu di dalam botol, yang dijual di pasar-pasar tani,...

Rasuah: Koperal Polis Mengaku...

IPOH - Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Ford Capai Jualan Tertinggi...

KUALA LUMPUR - Ford Motor Company (Ford) mencapai jualan tertinggi bagi keseluruhan modelnya...

69 Warga Indonesia Ditahan Cuba Keluar Dari Negara Secara Haram

JOHOR BAHRU – Sebanyak 69 warga Indonesia termasuk tekong dan lima pembantunya ditahan dipercayai cuba keluar dari negara ini secara haram, pada kedudukan 3.2 batu nautika barat Pulau Kukup, dekat Pontian, tengah malam tadi.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Supt Salehuddin Mat Zaman berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu ditahan di atas bot pancung.

Beliau berkata dalam operasi pada 12.15 tengah malam itu, tiga bot peronda Polis Marin berjaya memintas sebuah bot laju yang mencurigakan dalam perjalanan menuju ke perairan negara jiran.

“Bot pancung itu kemudiannya berjaya ditahan lebih kurang 30 minit kemudian di perairan 3.2 batu nautika barat Pulau Kukup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati bot pancung berkenaan cuba melolosi kawalan perairan oleh PPM ke negara jiran melalui jalan tidak diwartakan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 18 dan 53 tahun,” katanya.


Salehuddin berkata tekong bot dan lima pembantunya ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM 2007) dan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara kesemua 63 PATI disiasat di bawah Seksyen 5(2), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(4) Akta Imigresen.

Turut dirampas sebuah bot bersama-sama tiga enjin yang dianggarkan bernilai RM170,000. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]acgOg4mwQFo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori