Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nafi Dakwaan Abai Tugas...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan PKR Sarawak bahawa beliau...

Insiden Pencemaran Bukan Punca...

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh...

Kajian Projek 2 Empangan...

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan empangan di Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir di...

AirAsia X Terbang Semula...

SYDNEY - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia X...

7 Ditahan, Dadah Bernilai RM450,000 Dirampas – Polis

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan tujuh lelaki dan merampas dadah seberat 5.5 kilogram bernilai kira-kira RM450,000 dalam dua serbuan di sekitar Batu Caves dan Damansara awal minggu ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Amran Ramli berkata serbuan pertama dibuat pada kira-kira pukul 4 petang di kawasan tempat letak kereta sebuah premis di Sunway Batu Caves, Isnin lepas.

“Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki berumur antara 27 dan 40 tahun serta merampas dadah jenis syabu seberat tiga kilogram dengan anggaran nilai RM240,000.

“Ketika serbuan, kesemua suspek dipercayai sedang melakukan urusan jual beli dadah dan polis turut menyita tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Yamaha yang digunakan suspek berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pula, polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun di sekitar kawasan Mutiara Damansara, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, polis turut merampas tiga bungkusan plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.5 kilogram.


“Siasatan awal menunjukkan tujuh suspek yang ditahan dalam dua serbuan berasingan itu dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan dua kumpulan ini telah aktif melakukan kegiatan itu sejak setahun lepas dan kami sedang menyiasat sama ada kedua-dua kumpulan ini turut mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya.

Amran berkata kesemua suspek kini direman sehingga 8 Feb untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori