Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Petani Tak Sangka Menang...

KANGAR - Seorang petani tidak menyangka wang pampasan tanah sawah yang dilaburkan membeli...

Nora Danish Tepis Khabar...

PELAKON cantik jelita  Nora Danish menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih...

IPCMC Tingkat Profesionalisme Polis

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yakin penubuhan...

Polis Tak Akan Guna...

SUSULAN laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News semalam tentang kemungkinan Polis...

85 Pusat Hiburan Keluarga Di N.Sembilan Dikenakan Tindakan

SEREMBAN – Sebanyak 85 buah premis Pusat Hiburan Keluarga (PHK) di negeri ini dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai lesen serta menjalankan aktiviti perjudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Nor Azman Muhammad Yusof berkata dalam operasi yang bermula 1 Jan lepas hingga semalam, Seremban mencatatkan bilangan tertinggi dengan 54 buah premis, Port Dickson (26), Nilai (tiga) dan Jelebu (dua).

Hasil pemeriksaan dan serbuan, beliau berkata 89 orang ditangkap meliputi penjaga premis dan pelanggan manakala 127 buah mesin judi serta sejumlah wang tunai RM7,730 dirampas.

“Bagi premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan, ia akan disiasat di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 manakala bagi yang menjalankan perjudian, siasatan akan dilakukan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Mengulas lanjut, Nor Azman berkata pihaknya percaya jumlah wang rampasan yang sedikit menunjukkan bahawa modus operandi perjudian kini mula tertumpu di kedai kopi yang dijalankan secara tertutup.

“Ini menjadikan pusat yang biasa menjalankan perjudian menjadi tidak popular kerana sentiasa dalam pemantauan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori