Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ada Bukti Baharu Kes...

ADA bukti dan petunjuk baharu bagi membuka semula siasatan kes model Mongolia, Altantuya...

Imigresen Tahan 13 Warga...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing di atas pelbagai...

KE7B Umum Sertai Perlumbaan...

KUALA LUMPUR - Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) akan menyertai Kejohanan Siri Perlumbaan...

Rakyat Perlu Bersatu Menentang...

KOTA BELUD - Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing yang...

Adira Enggan Ulas Mengenai Hal Kehamilan

GARA-GARA si suami memberi komen berbentuk gambar ikon botol susu, ramai pihak mula membuat andaian mengatakan penyanyi cantik, Adira Suhaimi kini sedang hamil anak sulungnya.

adira

Adira enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus tersebut kerana ingin menjaga hati beberapa pihak lain.

Memetik Berita Harian, Adira berkata; “Minta maaf, buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami.

“Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami.

“Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.


“Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham,” katanya.

adiraa
Adira dan suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Adira merupakan isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu.

Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Snow White itu bernikah dengan suaminya di Songkhla, Thailand pada tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori