Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

JPN Buka Cawangan Baharu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuka cawangan baharu di Keramat...

Tangguh Sidang Dewan Negara,...

KUALA LUMPUR - Seramai 16 Senator Pakatan Harapan (PH) menyerahkan memorandum kepada Yang...

Turki, Singapura Sahkan Perjanjian...

SINGAPURA – Turki dan Singapura mencatat satu lagi peristiwa penting dalam hubungan ekonomi...

PAN Kata Sedih Tengok...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titah baginda bersempena...

Adun Pembangkang Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

ALOR SETAR – Krisis politik meliputi kedudukan Menteri Besar Kedah yang sebelum ini berkisar dalam kalangan pemimpin dan wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini turut melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

Semalam 20 daripada 21 ADUN BN menghadap Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini. Hari ini giliran ADUN pembangkang lapan daripada PAS, empat PKR, dua DAP dan satu Parti Amanah Negara – untuk berbuat demikian.

Menurut seorang ADUN yang hadir, hanya 13 ADUN pembangkang yang menghadap jemaah itu.

Katanya ketua pembangkang dan ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah daripada PAS dan ADUN Bukit Selambau Dr R. Krishnamoorthy daripada PKR tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara.

“Kami hanya dimaklumkan (majlis menghadap) petang semalam, dan mereka berdua tidak sempat pulang untuk hadir majlis menghadap hari ini,” katanya ketika dihubungi.


Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir terus menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori