Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Melecur Akibat Terkena Air...

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Shun Shun pastinya tidak akan melupakan pengalaman terkena...

Guru Terpesona Ayat-Ayat Cinta...

BATU GAJAH - Akibat terpesona dengan ayat-ayat cinta dan janji manis seorang lelaki...

Indonesia Gelar Malaysia ‘Tak...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggelarkan pihak berkuasa Malaysia “tidak efektif” susulan penculikan lima...

Kim K Bidas Khabar...

SUDAH sedia maklum bahawa bintang sensasi Hollywood, Kim Kardashian kini sedang hamil anak...

Ahmad Bashah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Baharu

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi Khamis.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, juga berkuat kuasa hari ini.

Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.


Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Februari di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. – BERNAMA

Baca: Luahan Hati Anak MB Sedih Bapanya Dihina Netizen

Juga: Fitnah Jahat MB Kedah Konon Gagal SRP Dijawab

Lagi: Pembangkang ‘Kencing’ Mukhriz Tipu Mahfuz Teori 18-18

[wpdevart_youtube]dzXBlhqk0qI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori