Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kecoh Bila Peserta Ratu...

BRAZIL – Pertandingan ratu cantik Miss Amazon 2015 bertukar menjadi kecoh apabila seorang peserta...

Saman Jiran Pijak Semut,...

RIYADH - Seorang lelaki warga Arab Saudi dilapor memfailkan saman terhadap beberapa jirannya...

Berjaya Pembedahan Pemindahan Kepala

VIENNA - Seorang profesor kontroversi dari Itali, Sergio Canavero mendakwa pemindahan kepala manusia...

PKPB Di KL, Putrajaya,...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,...

Akauntan Kelar Leher 14 Ahli Keluarga Sebelum Bunuh Diri

Mumbai – Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, termasuk tujuh kanak-kanak dengan pisau pemotong daging sebelum membunuh diri.

Kejadian berlaku selepas keluarga itu berkumpul untuk menghadiri majlis di sebuah rumah di Thane, kira-kira 32 kilometer dari Mumbai, lewat kelmarin.

“Penyerang, Hasnain Anwar Warekar, menggantung dirinya selepas mengelar leher semua anggota keluarganya termasuk ibu bapa,” kata jurucakap polis, Gajanan Laxman Kabdule.

Satu-satunya mangsa, adik Hasnain, dibawa ke hospital selepas jiran mendengar jeritannya meminta bantuan sejurus selepas tengah malam.

Adik Hasnain, satu-stunya mangsa yang masih hidup selepas lehernya dikelar.
Adik Hasnain, satu-satnya mangsa yang masih hidup selepas lehernya dikelar.

“Kami masih belum dapat menyoal wanita itu yang masih dalam trauma di hospital,” kata Kabdule.

Menurut beberapa media tempatan, Hasnain membunuh keluarganya selepas dipercayai mencampurkan bahan pengkhayal ke dalam makanan mereka.


Bagaimanapun, akhbar Indian Express melaporkan, akauntan bertauliah itu mengelar leher mangsanya selepas mereka memutuskan untuk tidur di rumah itu.

“Siasatan awal menunjukkan lelaki itu mengunci semua pintu dan melakukan pembunuhan itu ketika semua mangsa tidur. Kami menemui pisau berkenaan berhampiran mayatnya,” kata seorang lagi pegawai kanan polis Thane, Ashutosh Dumbre. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori