Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

Kejayaan Lelaki Bangla Ini...

TIDAK dinafikan sememangnya terdapat segelintir rakyat asing yang berjaya menjana pendapatan lumayan di...

Kes Pasangan Jatuh Jambatan...

Georgetown: Polis mengklasifikasikan kes pasangan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, di sini, semalam...

Perak Tak Keluar Lesen...

IPOH - Kerajaan Perak mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tidak mengeluarkan lesen...

Aliran Trafik Ke Utara, Selatan Perlahan Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Aliran trafik ke Utara dan Selatan tanah air dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 pagi ini berikutan cuti panjang sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dilapor bergerak perlahan dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Bukit Beruntung ke Lembah Beringin, Tanjung Malim ke Hentian Sebelah Tanjung Malim, Slim River ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Kuala Kangsar ke Bukit Gantang.

“Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan pula, trafik perlahan dari Nilai ke kawasan rehat dan rawat Seremban, Seremban ke Senawang, Pedas/Linggi ke Simpang Ampat, dan Kulai ke Sedenak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata jumlah kenderaan menuju ke pantai timur khususnya di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 meningkat, namun aliran trafik masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori